AntarabangsaTerkini

Selebriti Istanbul Dipenjara, Didakwa Menghasut Polarisasi Kaum

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 27 Ogos 2022 – Seorang penyanyi Turki, Gulsen Bayraktar Colakoglu ditahan pada Khamis lalu kerana memberi ulasan kontroversi terhadap sekolah agama Imam Hatip, lapor portal berita antarabangsa.

Dia yang lebih dikenali dengan nama pentas Gulsen dan berusia 46 tahun itu ditahan di rumahnya dan dibawa ke mahkamah.

Gulsen ditahan reman oleh hakim sementara menunggu siasatan terhadap kenyataan yang dibuatnya sewaktu melakukan konsert mengenai sekolah agama Imam Hatip, April lalu.

Sebelum ditangkap, dia sempat membuat permohonan maaf di media sosialnya mengatakan, “Saya minta maaf kerana kata-kata saya menjadi sumber kepada orang yang berniat jahat yang bertujuan untuk mempolarisasi masyarakat.”

Penyanyi Turki itu telah sekian lama dikritik oleh golongan konservatif dan akhbar pro-Kerajaan disebabkan oleh pakaian pentasnya, video muzik serta sokongannya terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Gulsen juga kadangkala menaikkan bendera LGBT sewaktu melakukan konsert.

Sekolah agama Imam Hatip merupakan sejenis sekolah menengah vokasional dengan sukatan pelajaran agama Islam di bawah Kementerian Pendidikan Kebangsaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: