Tempatan

LRT Bertembung: Prasarana Dakwa Mangsa Cuai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2023 – Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mendakwa mangsa yang terlibat dalam insiden dua LRT bertembung pada 2021 mungkin bertanggungjawab sebahagian atau keseluruhannya di atas kecederaan mereka yang dialami.

“Selain itu dan/atau sebagai alternatif, defendan mengaku bahawa kecederaan yang dialami oleh plaintif (yang mesti dibuktikan dengan bukti konkrit) adalah disebabkan sepenuhnya dan/atau sebagai alternatif sebahagiannya oleh kecuaian plaintif dalam semua masa material,” demikian kenyataan pembelaan yang dikeluarkan kedua-dua syarikat tersebut menurut laporan sebuah portal tempatan berbahasa Inggeris.

BACA JUGA: JAGA-JAGA, Malaysia Dijangka Dilanda Jerebu Teruk Bermula Jun

BACA JUGA: Harga Minyak RON95 Dijangka Naik Berperingkat Akhir Tahun Ini

BACA JUGA: KKM Cadang Ambil Jururawat Asing

Dinamakan sebagai defendan dalam saman yang difailkan oleh lapan plaintif di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Prasarana dan Rapid Rail secara ringkas mengakui bahawa nahas tersebut sememangnya berlaku.

Namun, kedua-dua syarikat itu menyatakan bahawa plaintif mengalami kecederaan selepas gagal berdiri atau duduk di tempat yang sesuai di dalam kereta api, tidak memegang tali pengikat, dan membiarkan diri mereka cedera.

“Kegagalan untuk berdiri atau duduk di tempat ditetapkan untuk penumpang, gagal memegang tali paut yang disediakan oleh defendan, dengan kecuaian dan/atau sengaja menyebabkan dan/atau membenarkan diri mereka mengalami kecederaan yang mereka dakwa.”

Lapor samudera.my, pada 24 Mei 2021, nahas dua LRT berlaku pada jam 8.45 malam apabila sebuah tren yang membawa penumpang bernombor 81 dan sebuah tren rosak bernombor 40 yang sedang dipandu uji bertembung mengakibatkan seramai 47 penumpang parah, manakala 166 lagi cedera.

Mac lalu, lapan mangsa yang terbabit dalam nahas tersebut memfailkan saman sebanyak RM860,000 terhadap Rapid Rail Sdn Bhd dan Prasarana Malaysia Berhad atas dakwaan gagal serta cuai dalam memastikan keselamatan mereka sebagai penumpang hingga menyebabkan kecederaan.

Individu terbabit ialah Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47; Marvena Jitol, 28; Riezariel Haeqal, 23; Rozita Che Rus, 28; Ng Siow Nee, 36; Siti Nuraliah Hashim, 26; Nurul Athirah Mohd K Jabayee, 36 dan Muhammad Firdaus Mohd Saleh, 35.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: