Tempatan

HATI-HATI: Hujan Lebat & Angin Kencang Landa Beberapa Negeri Bermula Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2023 – Hujan lebat dan angin kencang dijangka bakal melanda beberapa negeri di Malaysia bermula esok sehingga hujung bulan ini.

Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), tiupan angin barat di rantau negara dijangka meningkat disebabkan oleh Taufan Mawar yang ketika ini berada di barat lautan Pasifik dan dijangka bergerak ke arah barat laut menuju ke utara Filipina.

BACA JUGA: Jalan Sesak: Kuala Lumpur Rekod 6 Juta Kenderaan Setiap Hari

BACA JUGA: Muar Paling Berisiko Mudah Terbakar

BACA JUGA: MAKLUMAN: Gangguan Bekalan Air Di Taman Merdeka, Batu Berendam 30 Mei Ini

“Keadaan ini juga berpotensi menyebabkan fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung dan barat Sabah serta kawasan perairannya pada 24 hingga 31 Mei 2023.”

Di samping itu, jabatan itu turut menyatakan keadaan angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan, Phuket & Selat Melaka Utara dari 26 Mei hingga 1 Jun 2023.

Berikutan itu orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: