Tempatan

Lori Bawa Kayu Terbabas, Lebuhraya Utara-Selatan Sesak Lebih 5KM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 12 Oktober 2022 – Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh mengalami kesesakan trafik sepanjang lima kilometer (5KM) ekoran daripada insiden yang melibatkan sebuah lori membawa muatan sisa kayu terbabas pagi ini.

Laporan media tempatan memaklumkan, kemalangan tersebut berlaku selepas lori dalam perjalanan dari Kedah ke Ipoh itu hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik masuk ke dalam parit di kiri lebuh raya.

“Pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 26 dan 33 tahun cedera ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan,” menurut laporan sama.

Kejadian yang menyebabkan kesesakan trafik itu berlaku apabila serpihan kayu berterabur di atas jalan raya dan laluan ke selatan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan.

@plustrafik dalam hantaran Twitternya memaklumkan, semua lorong arah selatan terhalang dan pengguna lebuh raya disarankan agar menggunakan laluan alternatif lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: