Antarabangsa

England Tolak Perkuburan Muslim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

ENGLAND, 16 Januari 2022 – Cadangan pembinaan 35,000 tapak perkuburan Islam yang dinamakan Taman Memorial Issa bersamaan 33.9 hektar di West Pennines, Lancashire ditolak oleh ribuan penduduk tempatan dan Pegawai Pemuliharaan Majlis Perbandaran.

Alasan penolakan adalah kerana ia dikatakan tidak sesuai dengan landskap warisan tempatan dan bimbang terhadap kesan dan kesesakan yang akan berlaku ke atas kehidupan habitat liar di sekitar kawasan tersebut.

Rancangan jutawan bersaudara, Zuber dan Mohsin Issa untuk membina tapak perkuburan Islam terbesar di Eropah dengan keluasan 40 padang bola sepak itu turut menerima kecaman daripada Pegawai Pemuliharaan Majlis Perbandaran.

Yayasan Issa yang ditubuhkan oleh dua Muslim bersaudara ini akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi membiayai seluruh kos pembinaan ‘Taman Memorial Issa.’

Zuber dan Mohsin Issa menubuhkan badan amal Yayasan Issa adalah demi menampung keperluan umat Islam di England susulan daripada peningkatan jumlah kematian akibat Covid-19.

Leave a Reply

Back to top button