Antarabangsa

Mesir Nafi Dakwaan Bakal Bankrap

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

MESIR, 10 Disember 2022 – Kerajaan Mesir telah menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa negara tersebut sedang berada di dalam risiko muflis berikutan hutang-hutang yang dibuat serta kos perkhidmatan hutang-hutang tersebut ketika kenaikan faedah dan inflasi.

Kerajaan Mesir turut memetik sebuah laporan mengenai perkembangan ekonomi negaranya sejak dari bulan Jun hingga November tahun ini.

Kabinet negara tersebut turut menyebutkan bahawa nisbah hutang luar dan GDP bagi negara tersebut adalah 34.1 peratus, di mana ianya adalah di bawah had minimum risiko iaitu 50 peratus.

Laporan sama yang disebut oleh pihak kerajaan Mesir turut menyatakan bahawa struktur dan kepelbagaian instrumen hutang Mesir termasuklah pinjaman-pinjaman, deposit, bon-bon yang dikeluarkan berserta kemudahan kredit jangka pendek adalah positif.

Kabinet Mesir juga menyatakan bahawa kebanyakan hutang luarnya adalah bersifat jangka sederhana dan jangka panjang.

Sekitar dua per tiga hutang luar bagi Mesir telah ditetapkan kadar faedahnya, yang mana ianya dapat mengelakkan risiko kenaikan kadar antarabangsa.

Kadar inflasi tahunan bagi negara tersebut pada bulan November telah meningkat kepada 19.2 peratus, berbanding dengan 16.3 peratus pada bulan Oktober.

Manakala kenaikan kadar inflasi di kawasan bandar pula meningkat kepada 18.7 peratus pada bulan November, berbanding 16.2 peratus pada bulan Oktober tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: