Antarabangsa

London Terbakar, Khidmat Kecemasan Kelam Kabut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 20 Julai 2022 – Briged Bomba London telah mengisytiharkan insiden kebakaran yang berlaku di ibu negara itu sebagai satu insiden besar selepas kawasan perumahan dan bangunan-bangunan yang terletak di sekitar London musnah dimakan api.

Api marak yang tercetus pada 19 Julai itu berlaku susulan cuaca panas melampau yang merekodkan suhu meningkat sehingga lebih dari 40C.

Sky News melaporkan, Datuk Bandar London, Sadiq Khan berkata, semalam adalah “hari paling sibuk untuk perkhidmatan bomba di London sejak Perang Dunia Kedua”.

Anggota bomba di seluruh negara itu juga tidak henti-henti menerima panggilan. Seorang ketua bomba bahkan menggelar hari “kejam” itu sebagai “perubahan permainan” dan pratonton kesan perubahan iklim.

Kebanjiran panggilan itu membuatkan Briged membuat keputusan meminta orang ramai untuk menghubungi 999 sahaja jika ada kecemasan atau jika ada risiko serta-merta kepada nyawa.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak mengadakan barbeku atau menyalakan unggun api.

“Pada hari biasa, secara kasarnya, pihak bomba hanya menerima secara kasarnya, 350 panggilan pada hari yang sibuk. Semalam mereka menerima lebih 2,600 panggilan,” kata Sadiq Khan.

Sebanyak 41 buah hartanah musnah manakala 16 orang anggota bomba mengalami kecederaan, tambahnya.

Komander Kanan Perkhidmatan Ambulans London memaklumkan, semakin ramai dilaporkan mengalami gelombang haba akibat cuaca panas.

Kejadian kebakaran di sekitar London semalam menyaksikan:

1.Tiga puluh lima buah jentera bomba dihantar untuk memadamkan kebakaran rumput di Pea Lane di Upminster;

2. Lima belas jentera bomba dihantar untuk memadamkan api di The Green di Wennington;

3. Dua belas jentera bomba dihantar untuk memadamkan menangani kebakaran yang melibatkan pagar taman dan pokok di Jalan Uxbridge di Pinner;

4. Sepuluh jentera bomba dihantar bagi menangani kebakaran restoran di Green Lanes di Southgate.

5. Lapan jentera bomba dihantar bagi menangani kebakaran rumput di Oaks Road di Croydon.

6. Lapan jentera bomba dihantar bagi menangani kebakaran rumput di Ballards Road di Dagenham.

7. Lapan jentera bomba dihantar bagi menangani kebakaran di The Broadway di Wembley.

8. Enam jentera bomba dihantar bagi menangani kebakaran rumput di Sunningfields Crescent di Hendon.

9. Empat jentera bomba dihantar bagi menangani kebakaran rumput di Chapel View di Croydon.

10. Empat jentera bomba dihantar bagi menangani kebakaran di Jalan Sidcup di Eltham.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: