Tempatan

Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Dibina Di Pasir Gudang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PASIR GUDANG, 19 Julai 2023 – Loji rawatan kumbahan berpusat dengan konsep taman industri moden bakal dibina di Pasir Gudang buat pertama kalinya dengan melibatkan lapan lot tanah berkeluasan 40 ekar.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, pembangunan itu merupakan satu manifestasi dasar keprihatinan dalam menyokong perancangan pembangunan kawasan Pasir Gudang ke arah bandar raya yang lestari.

BACA JUGA: Kolam Takungan Inisiatif Selangor Atasi Banjir Kilat

BACA JUGA: KKM Lakukan Siasatan Dakwaan Tangan Bayi Bengkak, Bernanah Selepas Terima Rawatan

BACA JUGA: Mossy Forest Ditutup Sementara Waktu

“Sebagai sebuah bandar raya pelabuhan dan industri, pembangunan Pasir Gudang berpegang kepada dasar dan hasrat Kerajaan Negeri melalui konsep Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030,” katanya selepas majlis Perasmian Loji Rawatan Kumbahan Berpusat SJ Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Indah Water Konsortium (IWK), pada Isnin.

Mengulas lanjut katanya, Konsep Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 bukan sahaja meliputi aspek ekonomi malah membabitkan impak alam sekitar.

“Pembangunan ini akan menjadi model bagi konsep Taman Industri Moden pertama di Pasir Gudang yang mempunyai loji rawatan kumbahan berpusat sendiri bagi membolehkan air buangan dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke sungai atau tempat lain tanpa membahayakan alam sekitar dan kesihatan manusia,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: