Antarabangsa

Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia: Tentera Rusia Jadi Sasaran Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 17 Ogos 2022 – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengatakan bahawa tentera Rusia yang menggunakan loji kuasa nuklear Zaporizhzhia sebagai pangkalan atau melakukan tembakan dari loji berkenaan bakal menjadi sasaran bagi agen perisikan serta tentera Ukraine.

“Setiap askar Rusia yang sama ada menembak dari loji atau melakukan tembakan dengan menggunakan loji itu sebagai pangkalan, harus faham bahawa mereka menjadi sasaran utama untuk agen perisikan, perkhidmatan khas serta tentera kami,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik pada malam Sabtu lalu.

Sebelum ini, loji nuklear terbesar di Eropah itu telah ditawan oleh Rusia sejak Mac lalu dan Ukraine mendakwa pihak Rusia sedang dalam percubaan untuk menyambung loji janakuasa itu ke Crimea sekali gus memutuskan bekalan elektrik ke bandar Kyiv.

Zelenskyy justeru menuntut agar sekatan baharu dilakukan terhadap Rusia sehingga industri nuklear negara berkenaan disekat. Beliau juga mengatakan bahawa semua pegawai negara pengganas serta mereka yang menghulurkan bantuan untuk operasi pemerasan loji tenaga nuklear itu harus dibicarakan oleh mahkamah antarabangsa.

Beliau juga menegaskan bahawa bencana bakal berlaku dan seluruh dunia akan terancam akibat daripada letupan nuklear dan kesan radiasi jika tiada tindakan diambil ke atas loji berkenaan.

Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia yang terletak di tenggara Ukraine itu merupakan antara yang terbesar dalam 15 loji nuklear yang dimiliki Ukraine. Ia juga didakwa mempunyai simpanan bahan radioaktif melebihi simpanan di loji nuklear Chernobyl sewaktu negara itu masih sebahagian dari Keasatuan Soviet.

Leave a Reply

Back to top button