Terkini

Lebih 20 Ribu Pelajar Islam Terancam Hilang Tempat Pendidikan Di Negeri Selangor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS) mendesak kerajaan Negeri Selangor agar memudahkan urusan kelulusan permohonan Kebenaran Merancang untuk kegunaan bagi menjalankan operasi sekolah Islam persendirian di Negeri Selangor.

Berdasarkan syarat-syarat permohonan kelulusan perancangan yang dikeluarkan garis panduan oleh Bahagian Perancang Bandar PBT terbabit telah menyukarkan kelulusan penggunaan rumah kedai sebagai tempat pembelajaran melalui satu surat pekeliling yang dikeluarkan kepada pihak sekolah serta menyukarkan proses kelulusan penggunaan bangunan, sehingga ada sekolah yang diarah supaya ditutup oleh pihak PBT. Ada juga sekolah yang telah disaman dan bayaran denda telah dikenakan kepada pengusaha institusi ini. Ini sangat ketara berlaku di PBT Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

Kesukaran mendapatkan kelulusan Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan juga sebahagian daripada proses kelulusan yang akan dikeluarkan oleh PBT.

Akibatnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) TIDAK DAPAT MENGELUARKAN SURAT KELULUSAN PENDAFTARAN SEKOLAH SEMENTARA atau TETAP kepada pihak sekolah.

Ini telah mengakibatkan pelajar di sekolah terbabit tidak boleh mengambil peperiksaan UPKK dan PSRA tahun ini sekolah yang terbabit.

Sebanyak lebih 80 buah sekolah dan lebih 20 ribu pelajar yang terbabit di dua PBT yang terlibat iaitu Shah Alam dan Subang Jaya.

Perkara ini sangat menggusarkan pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan murid yang bakal mengambil peperiksaan pada akhir tahun ini 2023.

Sebelum ini perkara ini tidak berlaku di mana pihak sekolah telah pun mendapat kelulusan PBT dan JAIS di antara tempoh satu hingga lima tahun. Ada di antara sekolah yang terbabit ini telah pun beroperasi di antara lima hingga lebih dua puluh tahun.

Pihak kami mendesak agar Menteri Besar Selangor dan kerajaan Negeri segera tampil menyelesaikan isu ini dengan semua pihak duduk di meja rundingan bagi kebaikan dan kepentingan semua pihak yang terbabit khususnya masa depan pelajar yang terbabit.

Adalah sangat tidak wajar menggunakan pelbagai akta dan syarat yang sukar dipenuhi serta membebankan dengan kos yang tinggi kepada pengusaha sekolah tanpa mengambil kira peranan dan tanggungjawab memberikan pendidikan yang terbaik sewajarnya perlu diambil kira oleh semua pihak secara kolektif.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah
Sekretariat MAPPIM-GASIS

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: