Antarabangsa

Lizz PM British, Separuh Rakyat Kecewa

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 06 September 2022 – Sebuah undian YouGov yang diterbitkan pada Isnin lalu menunjukkan bahawa separuh daripada rakyat United Kingdom (UK) ‘kecewa’ apabila mengetahui bahawa Setiausaha Luar Negara, Lizz Truss menjawat jawatan Perdana Menteri dan membentuk kabinet.

Manakala satu per tiga daripada rakyat UK, menurut undian tersebut merasa ‘sangat kecewa’ dengan perkara tersebut.

Hanya empat peratus daripada responden yang menyambut baik perkara tersebut dengan menyatakan bahawa mereka ‘sangat senang hati’ untuk melihat Truss sebagai Perdana Menteri mereka.

Manakala lapan belas peratus responden pula menyatakan bahawa mereka ‘menerima baik’ Perdana Menteri baharu itu.

Menurut undian baharu yang juga dijalankan oleh YouGov, majoriti rakyat UK pula bersikap skeptikal mengenai kemampuan Truss dalam mendepani isu meningkatan kos hidup. Manakala hampir 40 peratus daripada responden pula menyatakan bahawa mereka ‘tidak yakin’ dengan potensi Perdana Menteri baharu itu dalam menguruskan isu yang sama.

Truss adalah wanita ketiga yang menjadi Perdana Menteri Britain setelah Margeret Thatcher dan Theresa May.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: