Tempatan

Status llaollao Kini Halal, Cetus Perdebatan Warganet

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2022 – Baru-baru ini, llaollao, sebuah jenama francais yogurt beku Sepanyol terkenal di Malaysia mengesahkan mereka mendapat pengesahan Halal.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa llaollao adalah Diperakui Halal!” kata llaollao dalam satu pengumuman di Facebook pada Jumaat lepas.

Walau bagaimanapun, pengumuman ini mencetuskan perdebatan di kalangan warganet di mana ada yang terkejut selepas mengetahui llaollao baru sahaja disahkan halal.

“Lahh. sebelum ni takdak rupanya,” komen pikkwann.

“Sebelum ini tak halal pun saya tengok orang Melayu makan juga…Saya rasa teruk sekarang…” kata smc madara pula.

Berikutan komen-komen ini, beberapa orang warga maya terpanggil untuk memberi penjelasan sebenar.

“OMG Malaysia, tolong faham betul-betul. “Disahkan secara rasmi halal”. DISAHKAN. Bukan sebelum ni haram,” kata sabrinarafiz.

“Guys, kena faham caption. Dia tulis “now officially”. Tu keyword dia. Sebelum ni dorg guna halal ingredients tapi belum officially certified halal by JAKIM,” kata ikanoxide pula.

Tambah llaollao, buat masa ini, sembilan daripada cawangan mereka telah disahkan Halal.

“Pada masa ini sembilan daripada cawangan kami disahkan Halal dan kami sedang mengembangkan ke seluruh cawangan kami kerana proses pensijilan Halal dilakukan secara berperingkat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: