Antarabangsa

Bahaya Beras Putih Sama Seperti Gula-Gula

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DUBAI, 07 Oktober 2022 – Satu kajian mendapati memakan beras putih yang turut tersenarai sebagai bijirin halus akan memberi kesan buruk kepada jantung seseorang sama padahnya seperti memakan terlalu banyak gula-gula Halloween, lapor sebuah agensi media.

Laporan kajian tersebut mengatakan bahawa risiko penyakit arteri koronari pramatang atau PCAD boleh didapati daripada pemakanan berunsurkan bijirin halus seperti nasi putih yang serupa dengan makan jenis “bergula dan berminyak yang tidak sihat” seperti yang terdapat dalam makanan manis.

Bijirin yang diproses menjadi tepung atau hidangan akan memberikan tekstur yang lebih halus dan jangka hayat yang lebih lama tetapi menghilangkan beberapa nutrien utama. Walau bagaimanapun, bijirin penuh seperti oat, beras perang dan roti gandum tetap akan kekal mengandungi keseluruhan bijirin sedia ada.

Pengarang utama kajian, Dr Mohammad Amin Khajavi Gaskarei berkata, terdapat banyak faktor penting mengapa orang ramai lebih memilih bijirin halus. Antara faktor yang boleh dijadikan panduan untuk dipertimbangkan adalah ekonomi, pendapatan, pekerjaan, pendidikan, budaya, umur dan faktor lain yang serupa.

“Pemakanan jumlah bijirin yang tidak sihat dan ditapis boleh dianggap sebagai pengambilan diet yang mengandungi banyak gula serta minyak yang tidak sihat. Bijirin halus dipecahkan dengan cepat oleh sistem tubuh badan kerana ia telah dilucutkan serat, yang membawa kepada peningkatan paras gula darah selepas makan dan lama-kelamaan, gula darah tinggi boleh merosakkan saluran darah dan saraf yang mengawal jantung serta menyebabkan plak terbentuk di dinding arteri,” ujar beliau.

American College of Cardiology dan American Heart Association mengesyorkan kepada sesiapa yang ingin berdiet agar mengambil sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijirin penuh dan ikan untuk mengurangkan faktor risiko penyakit jantung.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: