Tempatan

Jalan Batang Kali – Genting Akan Dibuka Seminggu Lagi Untuk Laluan Motosikal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

TANAH MERAH, 24 Disember 2022 – Kementerian Kerja Raya memaklumkan laluan Batang Kali – Genting Highlands, Hulu Selangor yang terjejas ekoran insiden tanah runtuh yang berlaku Jumaat lalu dijangka dibuka kepada pengguna motosikal dalam tempoh seminggu lagi.

“Berdasarkan pemeriksaan, jalan itu disahkan selamat untuk laluan motosikal sahaja dan akan dibuka dalam masa seminggu,” kata menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam laman Facebook miliknya, semalam.

Sebelum ini, kementerian mengumumkan penutupan Jalan Batang Kali – Genting susulan kejadian tanah runtuh itu demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Keputusan itu dibuat berikutan masih terdapat pergerakan tanah di kawasan terlibat di antara dua ke empat milimeter (mm) menggunakan sensor yang dipasang pada tanah.

Kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali ini telah meragut 30 nyawa, manakala 61 lagi mangsa selamat dan seorang lagi masih hilang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: