Antarabangsa

Liga Dunia Islam Kecam Tindakan Pelampau Sweden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEKAH, 21 April 2022 – Liga Dunia Islam (MWL) mengecam tindakan memalukan dan tidak masuk akal pelampau Sweden yang memprovokasi umat Islam dan tergamak menghina naskhah Al-Quran di bulan Ramadan.

Menurut kenyataan MWL di laman Twitter baru-baru ini, tindakan menyebar sentimen kebencian agama ini hanya akan menggalakkan permusuhan dan perpecahan dalam masyarakat. Ia juga menjejaskan nilai kemanusiaan seperti kesopanan dan sikap hormat sesama insan serta menggalakkan lagi agenda ekstremisme.

Setiausaha Agung MWL, Tuan Yang Terutama Sheikh Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa, menyeru umat Islam di Sweden dan seluruh dunia agar menggunakan pendekatan Islam dalam menangani provokasi berkenaan dengan bijaksana, bertanggungjawab dan sederhana.

Walaupun tindakan itu dibuat untuk memecahbelahkan, MWL yakin pada kekuatan nilai perpaduan dan kesederhanaan Sweden untuk mengatasi perpecahan dan kebencian tersebut.

Tambahan pula, perbuatan ini tidak menggambarkan nilai bangsawan penduduk Sweden yang terkenal dengan rasa hormat dan kasih sayang mereka kepada semua orang, terutamanya pengisytiharan awam mereka menolak kebencian dan perkauman.

Tegas Dr Issa, kebiadaban perbuatan ini hanya akan menjadikan umat Islam lebih beriman, meningkatkan kepercayaan mereka terhadap nilai kasih sayang, keamanan dan keharmonian sekaligus mendorong mereka untuk meningkatkan nilai persaudaraan di negara masing-masing.

Sebelum ini, seorang ahli politik Sweden mencetuskan sentimen keagamaan dengan membakar Al-Quran dalam satu demo berhampiran kawasan yang dihuni Muslim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: