Antarabangsa

Liga Arab Henti Rujuk Hizbullah Organisasi Pengganas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAHERAH, 01 Julai 2024 – Liga Arab bersetuju untuk berhenti merujuk Hizbullah sebagai organisasi pengganas bagi memperbaharui dialog dengan kumpulan itu, ujar Penolong Setiausaha Agung Liga Arab, Hossam Zaki.

Menurut laporan, beliau berkata, “Dalam keputusan Liga Arab sebelum ini, Hizbullah diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas, dan ia dizahirkan dalam resolusi, membawa kepada terputusnya komunikasi dengan kumpulan ini.”

“Susulan itu, negara-negara anggota Liga Arab bersetuju bahawa label organisasi pengganas tidak perlu lagi digunakan terhadap Hizbullah,” tambah Hossam.

Beliau juga menegaskan bahawa Liga Arab tidak mempunyai senarai rasmi pengganas dan tidak terlibat dalam mengkategorikan mana-mana entiti sebagai organisasi pengganas.

Namun pada Mac 2016, Liga itu menggesa Hizbullah berhenti mempromosikan ekstremisme dan kebencian, menahan diri daripada campur tangan urusan dalaman negara lain sekali gus menghentikan sokongan terhadap kegiatan pengganas di rantau tersebut.

“Klasifikasi itu berlaku sejurus selepas negara-negara Majlis Kerjasama Teluk menetapkan Hizbullah sebagai organisasi pengganas pada 2 Mac 2016,” memetik laporan sama.

Justeru, pengumuman ini menandakan hubungan pertama Liga Arab dan Hizbullah selepas lebih sedekad.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: