Tempatan

Liberal Demokrasi Bakal Meruntuhkan Nilai Permuafakatan – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 16 April 2022 – “Antara cabaran besar politik consociational di merata dunia adalah “competitive democracy atau liberal democracy” yang bakal meruntuhkan nilai permuafakatan bersama ini.”

Kenyataan ini dikeluarkan oleh peguam, Lukman Sheriff melalui laman sosial Facebook milik beliau dengan mengatakan bahawa politik consociational sebagai kunci meraikan perbezaan kaum atau agama serta menekankan atau menegaskan persamaan nilai dan aspirasi di Malaysia.

BACA: Vaksin AstraZeneca Ada Babi: Malaysia Akan Kaji Bahan Dalam Vaksin

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka

Perkara ini amat penting agar negara dapat bersatu demi bergerak ke hadapan dengan penuh iltizam dan keyakinan. Ianya tidak perlu dengan cara mengutuk dan menghina satu sama lain sehingga menjadi toksik yang menyemarakkan lagi perpecahan yang kian mendalam.

“Media memainkan peranan sangat penting untuk “underplay” naratif pemisah ini dan mengarusperdanakan persamaan nilai dan aspirasi. Kesatuan “consociational” sebaliknya dianggap kotor sehingga dilabel rasis. Ketegangan antara kaum yang tidak pernah seburuk ini sejak 1969, berlaku dalam tempoh berikut.”

Menurut beliau lagi, ejen-ejen liberal demokrasi seperti Ideas, Mkini, Bar Council, KOMAS, COMANGO, Lawyers for Liberty dan sebagainya tumbuh merata serta dibiarkan wujud dan media dalam negara ini dengan mudah mengiktiraf mereka dan mengarusperdanakan naratif mereka.

Malangnya menurut beliau, perkara inilah yang berlaku di Malaysia sejak sedekad dua ini apabila negara ini gagal mengenali dan menanganinya dengan baik. Perkara ini telah berjaya meracuni atau mengelirukan rakyat yang pada akhirnya akan membawa kepada ketidakstabilan yang sedang dialami dan ada antara mereka yang kini menerima sokongan serta kewangan dari pihak Amerika.

Menurut Lukman Sheriff, apabila kunci politik consociational ini dapat digarap maka akan banyak yang dapat dicapai dan antara contoh yang ketara adalah waktu kita mencapai kemerdekaan dan ketika kita mengejar visi 2020 di bawah Tun M yang pada waktu itu beliau merupakan Perdana Menteri Ke-4.

“Contoh negara consociational lain yang berjaya menumpu kepada kesatuan aspirasi adalah Singapura. Kini Presiden Singapura adalah seorang Melayu yang memenuhi quota peralihan kaum,” tambah beliau.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil Dalam Proses Semakan Sejagat (MACSA) berpadangan bahawa politik consociational ini bukanlah sesuatu yang sempurna dan banyak variasi dan tahap pemakaiannya. Tetapi bagi masyarakat majmuk, ia membawa kepada kestabilan yang memungkinkan kita membangunkan negara dan menaikkan taraf hidup rakyat.

”Kita masih boleh mengubah tiang serinya tetapi elok dengan cara berkompromi bertolak ansur dan bukan dengan hina-menghina dan mengutuk antara satu sama lain,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: