LGBTQ Serang Umat Islam, Mula Doktrin Kanak-Kanak
UNITED KINGDOM, 25 Julai 2023 – Golongan songsang LGBTQ telah menyerang umat Islam melalui penulisan buku dengan menyasarkan doktrin terhadap kanak-kanak.
Wartawan penyiasat di United Kingdom, Sulaiman Ahmed melaporkan perkara itu menerusi ciapan Twitternya semalam.
Ujarnya, walaupun agama lain telah tunduk kepada ideologi kiri liberal di Eropah, Kanada dan bahagian lain di Barat serta mendapat tarikan ketara di Amerika Syarikat (AS), umat Islam tidak goyah malah tetap dengan pendirian mereka menentang pengajaran ideologi LGBTQ di sekolah.
BACA JUGA: Pengikut Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ Cabar Pihak Berkuasa
BACA JUGA: Bakar Al-Quran: Kementerian Luar Negeri Panggil Duta Sweden
BACA JUGA: Pemulihan Pantas COVID-19 Tarik Ekspatriat Dan Pelabur Global Ke Malaysia
Tegasnya, komuniti LGBTQ sedar akan penentangan tersebut, justeru mereka mengambil pendekatan untuk memburukkan orang Islam.
Rakaman video menunjukkan sebuah buku bertajuk ‘This Book is Gay’ yang dikhususkan untuk kanak-kanak sekolah. Buku itu mengandungi satu bab yang mengajar ‘Bagaimana Ingin Berdebat Dengan Orang Islam’.
LGBTQ Attack Muslims
We are aware that Muslims have remained steadfast in their stance against the teaching of LGBTQ ideologies in schools.
While other religions have, succumbed to liberal leftist ideologies in Europe, Canada, and other parts of the West as well as it gaining… pic.twitter.com/AlHDt5nEYZ
— Sulaiman Ahmed (@ShaykhSulaiman) July 24, 2023
Tambah Sulaiman, “Mereka tidak mahu tentangan, jadi mereka tertumpu kepada mendoktrin kanak-kanak sesuai dengan kepercayaan mereka dan untuk melawan penentangan terakhir, umat Islam.”