Tempatan

Benci Penerima Rasuah Satu Kesalahan, Pemberi Pula Bagaimana?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 September 2022 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Hj Aminuddin Yahaya mempersoalkan apakah membenci penerima rasuah itu sudah menjadi satu kesalahan dan satu bentuk rasisme apabila terdapat sesetengah pihak yang tidak senang duduk selepas beliau mengulas statistik pemberi rasuah yang tular baru-baru ini.

“… mengapa ramai yang meloncat dan menggelupur seperti cacing kepanasan apabila ada yang mendedahkan data pemberi rasuah pula?”

Melalui sudut pandang beliau, Allah S.W.T seolah-olah ingin tunjuk kepada kita bagaimana dan memang betul wujudnya ‘cacing kepanasan’ di depan mata. Ia terserlah di ruangan komen hantaran Facebooknya yang dibuat beberapa hari lalu.

“Entahlah, saya pun pelik. Saya tidak ada kutuk mana-mana kaum pun tatkala mengulas statistik pemberi rasuah. Malah, saya sendiri akui dan akur mengenai hakikat penerima rasuah majoritinya adalah Melayu, yang perlu diperbaiki.”

“Entah bila dan mana pula saya pertahankan orang Melayu yang amalkan rasuah,” ujar beliau mengenai sikap pihak tersebut yang terdesak mengubah jalan cerita sehingga ia menjadi begitu merepek.

“Sangat melucukan dan menghiburkan melihat gelagat ‘cacing kepanasan’.”

Menurut Hj Aminuddin, sebelum ini beliau mengulas panjang mengenai ketelusan sistem serta menggesa agar ‘jerung-jerung’ pemberi rasuah dibanteras habis-habisan selain ‘bilis-bilis’ penerima rasuah.

“Apa yang salah dengan gesaan saya ini?” soal beliau sekali gus mengakhiri kenyataannya tentang dunia hari ini yang sungguh bercelaru.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: