Tempatan

Raja Permaisuri Agong Titah Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Khusus Penjagaan Pesakit Demensia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Oktober 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam titah Diraja menyeru Kerajaan menubuhkan pusat latihan khusus berkaitan penjagaan pesakit demensia.

Titah tersebut adalah berikutan penyakit yang dihidapi golongan warga emas ini memerlukan penjagaan yang rapi dan latihan khusus kepada penjaga pesakit tersebut.

Seri Paduka Baginda bertitah ketika menyempurnakan majlis perasmian Hari Warga Emas Kebangsaan 2022 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (PWTC) Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 3.30 petang disambut Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dato’ Shaharuddin Abu Sohot.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut menasihati orang ramai terutamanya golongan warga emas untuk sentiasa mengaktifkan diri melalui pelbagai aktiviti bermanfaat seperti menyertai program sukarelawan dalam usaha mengelak daripada menghidap demensia.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Warga Emas Wanita Negara 2022 kepada YM Prof. Dato’ Dr. Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid, menurut hantaran di Facebook rasmi Istana Negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: