Antarabangsa

Letupan Pelabuhan Beirut, Firma UK Diarah Bayar Pampasan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 24 Februari 2023 – Mahkamah Tinggi United Kingdom (UK) telah mencapai keputusan bahawa sebuah firma UK yang menghantar bahan letupan ammonium nitrat ke pelabuhan Beirut didapati bertanggungjawab terhadap para mangsa letupan dahsyat pada 2020.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Beirut Bar Association pada Khamis lalu, di mana syarikat UK tersebut, Savaro Ltd. Perlu membayar ganti rugi serta merta.

BACA JUGA: AUKU Kekal – Menteri KPT

Letupan yang besar yang berlaku di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos 2020 itu telah mengorbankan lebih 200 nyawa, mencederakan lebih 600 individu dan telah menyebabkan kemusnahan pada banyak bahagian di pelabuhan tersebut.

BACA JUGA: Agensi Maritim Selangor Masih Mencari Nelayan Hilang

Keputusan mahkamah tersebut telah dianggap oleh keluarga dan rakan-rakan mangsa letupan itu sebagai sebuah langkah terhadap keadilan yang mengetepikan campur tangan politik yang telah menganggu proses penyiasatan selama dua tahun.

BACA JUGA: Minyak Sawit: Tingkatkan Usaha Kekang Kempen Negatif Media Barat

Tuntutan saman terhadap firma British tersebut telah dibuat oleh Beirut Bar Association bersama dengan ahli keluarga tiga orang mangsa lebih daripada setahun yang lalu.

Keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi di London kini bermakna sesi perbicaraan kini telah berpindah ke “fasa kerosakan”, di mana ianya berkaitan dengan penentuan ganti rugi yang akan dibayar oleh firma tersebut kepada keluarga mangsa.

Dokumen mahkamah telah menunjukkan bahawa Savaro telah membawa sebuah penghantaran ammonium nitrat yang berskala besar pada 2013 yang kemudiannya ditinggalkan di kawasan pelabuhan Beirut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: