Antarabangsa

Letupan Kilang Kimia Di India, Lapan Maut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 24 Mei 2024 – Lapan orang maut dan sekurang-kurangnya 60 cedera dalam satu insiden letupan kilang kimia di Dombivali, Thane dekat Mumbai, semalam.

Menurut laporan, kesan letupan itu telah membentuk kawah besar di tempat kejadian dan gelombang kejutan yang dihasilkan oleh letupan itu merosakkan kilang-kilang bersebelahan serta memecahkan tingkap-tingkap kaca.

Malah, gelombang kejutan itu juga telah mengakibatkan tiang besi berat menjadi bengkok dan bumbung kilang-kilang bersebelahan tercabut sekali gus mengakibatkan kerosakan besar.

Memetik kepada laporan berasingan berhubung insiden yang sama, ketua unit pengurusan bencana Perbadanan Perbandaran Thane, Yasin Tadvi berkata enam lelaki dan dua wanita terbunuh dalam insiden itu namun mayat mereka didapati hangus sehingga tidak dapat dikenalpasti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: