Antarabangsa

Letupan Bom Di Narathiwat, Polis Kesan Seorang Suspek Wanita

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NARATHIWAT, 24 November 2022 – Polis Thailand telah cuba mengesan seorang wanita susulan letupan bom kereta yang berlaku di perkarangan blok kuarters polis di daerah Mueang, lapor berita Thailand.

Menurut berita itu, wanita terbabit dilihat memandu trak pikap yang digunakan sebagai bom kereta dan meletakkan kenderaan tersebut di perkarangan blok kuarters polis di daerah berkenaan pada Selasa lalu.

Letupan bom itu telah mengorbankan seorang pegawai polis dan mengakibatkan 36 orang yang kebanyakannya terdiri daripada ahli keluarga polis yang tinggal di kuarters itu tercedera.

Bukan itu sahaja, letupan itu turut mengakibatkan tingkat satu dan dua bangunan kuarters yang didiami kira-kira 70 keluarga mengalami kerosakan teruk.

Dalam pada itu, kenderaan tersebut kali terakhir dilihat adalah sewaktu melalui pusat pemeriksaan polis pada 5 Oktober lalu yang dipandu oleh seorang wanita, menurut laporan berita tersebut.

Sementara itu, Timbalan Jurucakap Kerajaan Tipanan Sirichana berkata, Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan telah pun mengarahkan agar keselamatan di Selatan Thailand diperketatkan terutamanya di lapangan terbang, pasar serta bangunan kerajaan susulan kejadian ini.

Dalam perkembangan berasingan, Ketua Polis Thailand, Jen Pol Damrongsak Kittipraphat berkata pampasan kira-kira 3.7 juta baht (RM473.2 ribu) akan disalurkan kepada keluarga anggota polis yang terkorban manakala tempat perlindungan sementara turut akan disediakan buat pegawai polis serta keluarga mereka yang terjejas dalam kejadian tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: