Tempatan

Lesen Judi: Sports Toto Malaysia Mahu Jumpa YDP Majlis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANGAR, 18 Jun 2023 – STM Lottery Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai Sports Toto Malaysia dilaporkan mahu bertemu dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs), Norazlan Yahaya.

Menurut laporan sebuah portal tempatan, Timbalan Pengurus Besar STM, Giam Say Khoon telah menyerahkan surat permohonan untuk mesyuarat itu.

BACA JUGA: Imigresen Gempur Pasar Borong Selangor, 35 PATI Diberkas

BACA JUGA: Cas RM1 Klinik Kerajaan Dikekalkan

BACA JUGA: Pantai Morib Ditutup Sehingga 2 Julai

Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan isi kandungan surat yang disampaikan secara serahan tangan di pejabat MPKPs pada Khamis itu.

“Kami masih menunggu jawapan majlis dan membuat persediaan apa yang patut,” kata Giam.

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, Fakhrul Anwar Ismail berkata, tiada lagi pembaharuan lesen operasi premis perjudian di Perlis selepas Mac tahun depan.

Ini selaras hasrat kerajaan Negeri itu yang mahu menjadikan ‘Perlis Bebas Premis Judi’.

Tambahnya, walaupun kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk meneruskan penyambungan lesen operasi premis perjudian di negeri itu, namun pemansuhan dan penamatan lesen tidak dilakukan secara drastik sebaliknya mengikut tarikh luput atau penamatan lesen operasi pada premis terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: