Antarabangsa

Lepas Adiwira LGBT, Marvel Perkenal Adiwira Tindas Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAKISTAN, 16 September 2022 – Seorang pengguna media sosial mendedahkan bahawa Marvel berkemungkinan akan menampilkan Sabra, seorang adiwira rejim haram aparteid Israel, dalam filem Captain America yang bakal diterbitkan.

“Tolong jangan sokongnya, dan jangan bagi Marvel duit anda,” ujar pengguna tersebut melalui ciapan di laman Twitter.

Menurut hantaran tersebut, pengguna tersebut mendedahkan bahawa Marvel telah mengumumkan bahawa Sabra akan tampil dalam filem Captain America yang akan datang.

Adiwira tersebut yang lengkap berpakaian kostum bendera rejim haram aparteid Israel juga disifatkan sebagai sesuatu yang rasis, dengan latar belakang kehidupan yang berpaksikan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Dalam sebuah gambar yang dikepilkan, komik Marvel menggambarkan Sabra sebagai seorang anggota polis rejim zionis itu dengan nama asal Ruth Ben-Sera. Di dalam sebuah dialognya, Sabra diliihat menyatakan:

“Masa untuk saya hentikan raksasa itu dari menghancurkan Tel Aviv! Bukan sebagai anggota polis, Ruth Ben-Sera, pastinya… tetapi sebagai Sabra! ‘Super Heroine’ negara Israel!”

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan hal ini sebagai sesuatu yang tidak sensitif terhadap penderitaan rakyat Palestin oleh kerana keganasan pihak berkuasa rejim haram aparteid Israel.

Bukan itu sahaja, dalam sebuah komik terbitan Marvel, Sabra dikatakan telah berlawan dengan watak The Hulk, hanya kerana The Hulk cuba untuk menyelamatkan jasad seorang kanak-kanak Palestin yang terbunuh.

Ia tidak berakhir di situ, dalam komik yang sama, Marvel menggunakan dialog berikut:

“The Hulk berjaya membuatkan Sabra pandang kepada mayat budak Arab ini sebagai seorang manusia.”

Pengguna laman sosial menyifatkan tindakan Marvel menggelarkan kanak-kanak Palestin tersebut sebagai “Arab” adalah sebuah usaha untuk memadamkan identiti warga Palestin.

“Sabra bukan adiwira; dia penindas,” menurut sebuah poster yang dikongsikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: