Tempatan

Lengkap 2 Dos Vaksin: Kerajaan Pertimbang Longgar Pergerakan – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA, 16 Julai 2021 – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19.

Kenyataan ini disuarakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media selepas meninjau persiapan program Bakul Prihatin Negara di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, hari ini.

Menurut beliau, langkah ini bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat ketika kerajaan menguruskan pandemik COVID-19.

Justeru, beliau telah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk menilai semula kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin.

“Mutakhir sekali saya minta jawatankuasa pengurusan untuk menilai semula bagi mereka yang mendapat dua suntikan vaksin supaya diberi kelonggaran.”

“Ia sama ada dari segi perjalanan atau pun pergi ke kedai dan makan di restoran. Ini petanda untuk menunjukkan sementara kita menguruskan COVID-19, maka kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali seperti masa lepas.”

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menjangkakan peralihan Fasa Satu ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara boleh dilakukan pada awal Ogos ini.

Jangkaan itu berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap dua dos yang telah melepasi nilai ambang 10 peratus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: