Antarabangsa

‘Lendir Laut’ Membunuh Cetus Kegusaran

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 20 Jun 2022 – Pusat tarikan pelancong dunia, Istanbul, baru-baru ini digemparkan dengan kehadiran ‘lendir laut’ di kawasan Lautan Marmara, sekaligus mengganggu ‘ketenteraman’ pusat yang sentiasa hidup dengan pelancong dan nelayan.

Kehadiran ‘lendir laut’ tersebut di perairan Istanbul sekaligus menghalang dan mengurangkan kandungan oksigen di dalam air laut, sekaligus ‘mencekik mati’ ikan dan hidupan marin lain yang bergantung pada oksigen di kawasan tersebut.

Menurut The Economist, fenomena ‘lendir laut’ ini berpunca daripada alga yang dihasilkan oleh plankton di kawasan tersebut.

Dalam situasi yang normal, alga tersebut dihasilkan dalam kadar yang berpatutan dan menyumbang kepada kestabilan ekosistem kawasan tersebut. Namun, akibat daripada pencemaran dan pembuangan sisa ke lautan, pertumbuhan alga tersebut menjadi semakin tidak terkawal.

Kerajaan Turki tidak berlengah untuk cuba menjernihkan keadaan, di mana mereka berjanji untuk memperbaik sistem kumbahan sisa supaya pembiakan ‘lendir laut’ ini dapat dikurangkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: