Tempatan

Lembu Gemuk Tak Laku, Harga Cecah RM20,000 Seekor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GUA MUSANG, 06 Julai 2022 – Lembu bersaiz besar atau gemuk kurang menjadi pilihan orang ramai di luar bandar untuk menunaikan ibadah korban pada tahun ini berikutan harganya yang mencecah sehingga RM20,000 seekor.

Lapor Kosmo!, Mohd. Saiful Basri Mat Yaakob, seorang penternak lembu di Kampung Lepan Jaya, memaklumkan bahawa permintaan lembu ‘gemuk’ berkurang kerana orang ramai tidak sanggup membeli lembu yang harganya mencecah RM12,000 sehingga RM20,000 seekor.

Pada tahun lalu, harga lembu miliknya hanya RM3,000 hingga RM5,000 seekor namun meningkat secara mendadak pada tahun ini sehingga mencecah RM7,000.

Beliau turut memaklumkan, hanya sembilan ekor lembu sahaja yang terjual untuk ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.

“Baru-baru ini saya telah menjual empat ekor lembu berharga RM7,000 seekor dan lima ekor lembu berharga RM6,800 seekor. Orang ramai tidak berminat untuk beli lembu berharga RM8,000 ke atas kerana disifatkan terlampau mahal.”

Luahnya, harga lembu pada tahun ini merupakan antara yang tertinggi dijual kepada pelanggan sepangjang pengalamannya menternak lembu sejak 25 tahun lalu. Selain itu, kos penjagaan lembu juga sangat mencabar baginya yang sudah menternak lebih 40 ekor lembu di dalam ladang kelapa sawit miliknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker