Antarabangsa

Lelaki Perancis Serang Dan Cuba Cekik Muslimah Kerana Pakai Tudung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 19 April 2022 – Tular sebuah rakaman video menunjukkan dua orang gadis Muslimah diserang oleh seorang lelaki di Perancis.

Rakaman menunjukkan detik-detik lelaki yang memakai jaket merah menarik tudung yang dipakai oleh mereka.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit juga cuba mencekik salah seorang daripada gadis berkenaan.

Pihak polis mengatakan mereka telah membuka kertas siasatan bagi mengenalpasti penyerang tersebut dan faktor-faktor lain yang boleh membantu siasatan.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan ini dan ia boleh dikenakan tindakan undang-undang. Hormat-menghormati orang lain merupakan batu asas kepada masyarakat demokratik,” tulis Gabenor Herault di laman Twitter nya.

Pengguna sosial media rata-ratanya telah berkongsi rakaman video tersebut dan menyeru tindakan pihak polis untuk menahan lelaki itu.

Seorang pengguna Twitter mendakwa ia seperti Islamofobia apabila pihak media kurang membuat liputan akan kejadian tersebut.

“Tertanya-tanya mengapa saluran berita tidak membuat liputan akan rakaman serangan terhadap wanita Muslim berhijab,” tulisnya.

Ini bukan kali pertama wanita Muslim menjadi mangsa Islamofobia dia Perancis.

Pihak NGO dan komuniti Muslim di negara itu bimbang sekiranya tindakan bagi menangani Islamofobia tidak diambil.

Umat Islam di negara tersebut sedang menitikberatkan akan isu itu terutamanya sewaktu proses pilihan raya yang sedang berlangsung ketika ini berikutan terdapat beberapa calon yang mempromosikan retorik anti-Islam menerusi kempen mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: