Lelaki Kulit Hitam L.A ‘Dibunuh’ Dengan Pistol Elektrik Polis
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT, 16 Januari 2023 – Sepupu kepada pengasas bersama kempen Black Lives Matter (BLM), Keenan Anderson telah meninggal dunia di hospital beberapa jam setelah ditembak dengan pistol elektrik ‘stun gun’.
BACA JUGA: MAIS Berjaya Pertahan Keislaman Wanita, Mahkamah Sivil Tiada Hak Kata Hakim
BACA JUGA: Rimas ‘Dibuli’ EU, Malaysia Boleh Kekang Ekspot Minyak Sawit
BACA JUGA: Tragedi Halloween Itaewon: Kurang Persediaan, Respons Lembab, Punca
Peristiwa penahanan serta tembakan pistol elektrik oleh pihak polis terhadap Anderson itu telah dirakamkan menerusi kamera tubuh yang dipakai oleh pihak polis dan ianya turut dilaporkan oleh beberapa saudara beliau.
Pada Rabu lalu, Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) telah mengeluarkan potongan video berkenaan insiden yang terjadi pada 3 Januari tersebut, di mana ianya menayangkan kejadian Anderson sedang merayu kepada pihak polis manakala anggota-anggota polis yang terlibat pada waktu itu dilihat sedang menahan serta menembak pistol elektrik terhadap beliau beberapa kali.
Rakaman video tersebut turut menunjukkan potongan di mana Anderson mengatakan bahawa mereka (pihak polis) sedang mengulang apa yang telah mereka lakukan terhadap George Floyd sebelum ini, namun kali ini terhadap Anderson. Anderson berkata pada video tersebut,
“They are trying to George Floyd me”.
George Floyd itu merujuk kepada kejadian di mana seorang lelaki kulit hitam yang telah dibunuh pada Mei 2020 oleh seorang anggota polis di Minneapolis, Minnesota, di mana kejadian tersebut telah mendapat liputan yang luas.
Anderson kemudiannya telah terkena serangan jantung beberapa jam kemudian dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Santa Monica.
Ketua Polis Los Angeles Michel Moore pula menyatakan bahawa sebelum kejadian itu berlaku, Anderson sedang membuat percubaan untuk lari setelah terlibat dalam perlanggaran kereta, dan pihak polis kini sedang menyiasat sama ada Anderson ketika itu sedang berada di bawah pengaruh dadah.