Tempatan

Penternak Kontrak Dakwa Dianiaya Kartel, Gesa Kerajaan Naikkan Subsidi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 18 Oktober 2022 – Susulan daripada tindakan pihak kartel yang didakwa sering mengaut keuntungan di atas kesempitan penternak kontrak, beberapa persatuan penternakan ayam kontrak menggesa pihak Kerajaan untuk menaikkan subsidi kepada mereka sebanyak 30 sen sekilogram.

“Kami memohon pecahan subsidi sekurang-kurangnya 30 sen kepada penternak kontrak disebabkan beberapa perkara.”

“Pertama, peningkatan kos operasi seperti gaji pekerja, harga ubat-ubatan ayam dan kelengkapan reban ayam yang amat ketara pada tahun ini.”

“Kedua, risiko kerugian yang amat tinggi sejak awal tahun ini disebabkan ancaman penyakit ayam seperti ND dan CCRD yang amat berleluasa sejak kebelakangan ini,” kata penternak-penternak tersebut menerusi surat yang diserahkan kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Bahkan, dakwa mereka pihak kartel ini turut melakukan penindasan dengan membekalkan anak ayam yang tidak berkualiti sehingga menjejaskan hasil ternakan penternak kontrak.

Sebelum ini sebuah portal berita tempatan melaporkan bahawa terdapat beberapa syarikat gergasi ternakan ayam yang didakwa berkomplot ‘menyembelih’ penternak kontrak kecil-kecilan dengan mengaut semua peruntukan subsidi yang disalurkan Kerajaan kepada industri tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: