Antarabangsa

Lelaki Kulit Hitam Ditembak Ganas Pegawai Polis Ohio

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

COLUMBUS, 01 September 2022 – Seorang pegawai polis telah menembak mati seorang lelaki kulit hitam berusia 20 tahun dalam serbuan ketika cuba menyampaikan waran tangkap pada Selasa lepas.

Pihak polis telah mengeluarkan video rakaman kamera badan yang menunjukkan mangsa, Donovan Lewis mengangkat tangan apabila diterjah pihak polis dan kemudiannya ditembak oleh seorang polis, Ricky Anderson di sebuah apartment.

Menurut Ketua Elaine Bryant, Ricky melepaskan das tembakan kerana terlihat Lewis mengangkat tangan sambil memegang sesuatu ditangannya.

Namun malang sekali tiada senjata yang ditemui, yang ada hanyalah ‘pen vape’.

Jelasnya, pihak polis telah meminta bantuan penyelamat dan membawa Donovan ke hospital, namun mangsa tidak sempat diselamatkan.

“Saya bersimpati atas kejadian yang telah berlaku, dan kami akan membenarkan penyiasatan ini dijalankan.”

Leave a Reply

Back to top button