Antarabangsa

Lelaki Indonesia Dakwa Diri Nabi Ke-26 Dan Hina Islam

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

JAKARTA, 20 April 2021 – Tular sebuah video di Indonesia di mana seorang lelaki bernama Jozeph Paul Zhang mendakwa dirinya sebagai nabi ke-26 setelah Nabi Muhammad S.A.W., demikian menurut sebuah portal Indonesia.

Jozeph Paul Zhang alias Shindy Paul Soerjomoeljono bukan sahaja mendakwa dirinya sebagai nabi, tetapi juga telah mengadakan satu forum terbuka menghina agama Islam berkaitan puasa.

Jurucakap polis Indonesia, Agus Andrianto berkata, kes tersebut dalam siasatan.

Katanya, lelaki tersebut dipercayai tidak berada di Indonesia dan sudah meninggalkan negara ini sejak Januari 2018, selain didakwa kini berada di Jerman.

Leave a Reply

Back to top button