Tempatan

Lelaki Bergelar Suri Rumah Bakal Dilindungi Skim SKSSR

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2022 – Kerajaan akan mengkaji cadangan untuk memperluaskan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk golongan lelaki yang bergelar ‘suri rumah’, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, lapor sebuah portal tempatan.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Sumber Manusia akan mengenal pasti jumlah kumpulan terbabit terlebih dahulu.

“Perkara ini dibangkitkan dalam Jemaah Menteri. Kita perlu satu kajian yang sepenuhnya untuk kenal pasti berapa ramai suami jadi suri rumah,” kata M Saravanan.

Ujarnya lagi, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk memperluaskan skim tersebut walaupun dari segi aspek budaya dan gaya hidup, angka suri rumah lelaki di Malaysia adalah kecil.

“Bagaimanapun, jika diikutkan budaya di Malaysia…majoriti suami bekerja, manakala isteri jaga rumah tangga, tetapi kita akan mula dengan wanita dulu dan kaji dengan mendalam apa keperluan.”

“Sekiranya keperluan mendesak (untuk surirumah lelaki), kita tidak ada masalah untuk memperluaskan (skim berkenaan) walaupun kita lihat aspek budaya dan gaya hidup (di Malaysia), angka (surirumah lelaki) memang kecil.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: