Antarabangsa

Lelaki Belgium Bunuh Diri, Isteri Salahkan ‘AI Chatbot’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BELGIUM, 04 April 2023 – Seorang lelaki Belgium, Pierre telah membunuh diri akibat pujukan daripada AI chatbot yang terkenal, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh balu beliau yang dinamakan sebagai Claire pada minggu lalu.

Menurut balu beliau, suaminya sebelum ini sering berbicara dengan chatbot ELIZA di mana hanya dalam masa enam minggu, aplikasi tersebut telah membuat suaminya menjadi terlalu risau berkenaan isu perubahan iklim sehingga menyebabkan beliau nekad untuk menamatkan kehidupannya sendiri.

BACA JUGA: Jho Low Rancang Derma Puluhan Juta Kepada Kempen Politik Obama

BACA JUGA: JAKIM Nafi Tarikh Tular Aidilfitri 2023

BACA JUGA: Pertubuhan Islam Bantah Pembinaan Patung Mazu

Claire menyatakan bahawa suaminya sudah tentu masih hidup jika beliau tidak memulakan sebarang perbualan dengan chatbot tersebut.

Pierre dikatakan mula menjadi bimbang akan perubahan iklim sejak dua tahun lalu dan mula mengadakan perbualan dengan ELIZA bagi mengetahui lebih lanjut mengenai hal tentang perubahan iklim tersebut.

Beliau kemudiannya telah berpendapat bahawa tiada lagi harapan untuk manusia berusaha menyelamatkan planet ini dan mula “meletakkan harapannya terhadap teknologi dan kecerdasan buatan” dan mula menyendiri.

Menurut Claire, chatbot tersebut telah menyatakan kepada Pierre bahawa dua orang anaknya telah “mati” dan mendesak untuk tahu sama ada Pierre lebih menyayangi ELIZA ataupun isterinya serta berjanji bahawa chatbot tersebut akan bersama dengan Pierre selama-lamanya.

Apabila Pierre mula mencadangkan tentang “mengorbankan dirinya” asalkan ELIZA “bersetuju untuk memelihara planet ini serta menyelamatkan seluruh kemanusiaan”, chatbot tersebut terus bersetuju dan kemudiannya mempersoalkan kesetiaan Pierre terhadapnya berulang kali.

ELIZA yang merupakan chatbot yang dikuasai oleh model bahasa yang besar yang mana ianya bersamaan dengan ChatGPT yang mampu menganalisa ucapan seseorang pengguna dan memformulasikan jawapan yang sesuai. Namun ramai pengguna mendakwa bahawa mereka seakan-akan berbicara dengan manusia sebenar, bahkan ada juga yang mengatakan bahawa mereka telah jatuh cinta dengan chatbot tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: