Antarabangsa

Legenda Hollywood Didakwa Atas Tuduhan Amang Seksual, Seks Dengan Minor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 10 November 2022 – Artis legenda Hollywood, Warren Beatty telah disaman oleh seorang wanita dengan dakwaan bahawa pelakon tersebut dahulu pernah memaksanya untuk mengadakan hubungan seks sewaktu wanita tersebut masih di bawah umur.

Kristina Charlotte Hirsch, wanita yang telah membuat dakwaan serta menyaman Beatty itu mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh pelakon legenda itu pada tahun 1973.

Hirsch yang kini tinggal di Louisiana telah memfailkan saman di mahkamah di Los Angeles pada Isnin lalu dengan dakwaan bahawa dia telah berjumpa dengan Beatty ketika di set penggambaran.

Menurut dakwaan Hirsch, pada waktu itu Beatty berulang kali bercakap mengenai rupa paras Hirsch dan dia turut memberikan Hirsch nombor telefonnya.

Menurut dakwaan itu lagi, Beatty telah menghubunginya beberapa kali pada tahun itu, membawanya berjalan-jalan dengan kereta serta menawarkan bantuan untuk membantu Hirsch bagi menyiapkan tugasan sekolahnya. Hirsch turut dipelawa untuk menginap di hotel tempat Beatty bermalam.

Hirsch turut mendakwa bahawa Beatty ketika itu sering berbual dengannya mengenai hal berkenaan hubungan seks. Bahkan menurut Hirsch lagi, beliau sering memaksanya untuk melakukan hubungan seks dengan pelbagai bentuk ketika beliau masih di usia sekitar 14 dan 15 tahun.

Beatty yang kini berusia 85 tahun akan berhadapan dengan perbicaraan yang dituntut oleh Hirsch bagi dakwaan tersebut dan wanita itu telah membuat tuntutan bagi beberapa hal yang berkaitan dengan gangguan psikologi, mental serta emosi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: