Lebuhraya Sesak, Mulakan Perjalanan Sebelum 9 Pagi – PLUS
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PETALING JAYA, 05 Februari 2022 – Berikutan jumlah trafik yang dilihat semakin meningkat pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan agar pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan memulakan perjalanan lebih awal sebelum jam 9 pagi bagi tempoh 4 hingga 6 Februari 2022 susulan jangkaan pertambahan kenderaan pada cuti hujung minggu.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan PLUS, Lebuh Raya Utara-Selatan akan kembali sesak berikutan orang ramai akan memulakan perjalanan pulang dari kampung halaman ke ibu negara dan sekitar Lembah Klang pada 5 dan 6 Februari 2022.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan
BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi menasihatkan pelanggan yang bakal memulakan perjalanan dari lokasi yang jauh dari ibu negara membuat perancangan awal dengan merujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) serta membuat persiapan rapi dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
““Bagi memastikan perjalanan lebih lancar di lebuh raya, pastikan baki kad Touch’n Go dan eWallet telah ditambah nilai dan sentiasa mencukupi,” tambah beliau.
Datuk Zakaria Ahmad Zabidi turut memberi peringatan kepada setiap pengguna agar sentiasa berwaspada dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah di sepanjang lebuh raya.