Tempatan

Lebuhraya KL – Karak Akan Ditutup Malam Ini – ANIH Berhad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2022 – Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad memaklumkan mengenai operasi penutupan sebahagian Lebuhraya KLK di kedua-dua arah dari jam 11 malam ini bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan ECRL.

“Laluan di kedua-dua arah Lebuhraya KLK akan ditutup sepenuhnya dari KM55.35 sehingga KM 55.85 (Lentang) bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku,” demikian menurut Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Puan Radzimah Mohd Radzi.

Siaran akhbar tersebut juga menyatakan mengenai jangka masa penutupan selama 30 minit tersebut adalah bagi tujuan memudahkan laluan jentera berat yang terlibat dengan pembinaan terowong ECRL di Genting.

Selain itu, pihak ANIH Berhad turut memaklumkan bahawa selepas jam 11.30 malam ini, hanya laluan lorong kiri akan dibuka di kedua-dua arah kepada para pengguna dan jangkaan pembukaan semula sepenuhnya laluan di semua arah adalah pada jam 5 pagi Selasa, 28 Jun 2022.

Justeru, ANIH Berhad menasihatkan pengguna untuk merancang perjalanan dan jika perlu, mempercepatkan atau menangguhkan perjalanan.

Puan Radzimah turut mengingatkan semua untuk memandu dengan berhemah dan mematuhi arahan petugas di lokasi serta memastikan keadaan kenderaan mereka sentiasa dalam berkeadaan optimum sebelum memulakan perjalanan.

Untuk maklumat lebih lanjut, tepat dan terkini, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT – Line di 1-700-818-700.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: