Tempatan

Lebih Kecil Dari Pahang, Belanda Pengeksport Makanan Kedua Terbesar Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BELANDA, 23 September 2022 – Belanda yang memiliki keluasan lebih kecil dari Negeri Pahang merupakan pengeksport makanan kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan kini dilaporkan telah menghantar keluar lebih banyak sayur-sayuran seperti tomato, cili dan timun berbanding negara lain.

Negara Eropah tersebut yang mempunyai populasi penduduk seramai 17 juta orang berbanding 1.8 juta penduduk di Negeri Pahang, Darul Makmur mampu menghasilkan hasil tanaman lebih dari dua kali ganda purata global.

Seorang pengguna Twitter, Vala Afshar memuat naik satu hantaran mengenai Belanda yang mengambil kesempatan baik dengan menggunakan tekonologi sains seperti dron untuk memantau ladang kentang dan bawang serta mempunyai kawasan besar yang dilitupi rumah kaca dalam menghasilkan tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran dalam saiz besar.


Kejayaan terbesar Belanda ini sungguh mengagumkan kerana walaupun hanya sekadar sebuah negara kecil dan berpenduduk padat namun, ia bukan penghalang dan tidak mustahil untuk Belanda menjadi pengeluar makanan kedua terbesar.

Dalam pada itu, perkara ini turut mendapat perhatian KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sejak tiga bulan lalu.

Kebawah Duli Tuanku menzahirkan pandangan dengan bertitah bahawa, baginda merasakan Negeri Pahang turut berpontensi untuk menjadi pembekal makanan buat seluruh rakyat Malaysia.

“Ayuh jamu semua orang,” titah Kebawah Duli Tuanku.

Leave a Reply

Back to top button