Tempatan

Lebih Banyak Kedai Mamak Bakal Ditutup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU,16 Julai 2022 – Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Johor (PERUSIM), Hussein Ibrahim menyatakan bahawa lebih banyak restoran India Muslim bakal ditutup susulan daripada masalah kekurangan buruh.

Lapor The Star, Malaysia bukan lagi satu tempat yang menarik buat pekerja Indonesia berikutan kelemahan nilai Ringgit.

Ia sekali gus membuatkan mereka lebih memilih untuk bekerja di tanah air mereka sendiri atau di negara jiran, Singapura.

“Kira-kira 30 cawangan di Johor Bahru telah ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan pertama dilaksanakan pada 18 Mac 2020,” katanya.

Beliau meramalkan bahawa jumlah berkenaan bakal meningkat dua kali ganda menjelang akhir tahun ini sekiranya masih kekurangan tenaga buruh asing.

“Kami kini hanya beroperasi antara 12 hingga 15 jam dan bukannya 24 jam dan buka hanya untuk makan tengah hari, makan malam dan tidak dibuka untuk sarapan,” ujarnya.

Menurutnya, restoran India Muslim tersebut memerlukan antara 3,000 hingga 5,000 pekerja namun usaha untuk mengambil pekerja tempatan agak sukar.

“Mereka lebih suka bekerja di restoran India Muslim di Singapura kerana mereka boleh memperoleh kira-kira S$1,500 (RM 4,800) sebulan di sana,” tambahnya lagi.

Rabu lalu, Indonesia memutuskan untuk menghentikan sementara penghantaran pekerja ke Malaysia susulan pelanggaran perjanjian pengambilan pekerja yang ditandatangani antara kedua-dua negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: