Terkini

Lebih 90 Ribu Ditangkap Akibat Dadah, Termasuk 287 Penjawat Awam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2023 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menangkap seramai 92,257 individu atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 287 penjawat awam sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2023.

Menurut Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, kesemua individu berkenaan ditahan di bawah pelbagai kesalahan yang termaktub di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Ujarnya, sebanyak 185 sindiket ditumpaskan, 8 buah makmal dadah haram berjaya dibongkar dan enam tangkapan dibuat ke atas ahli kimia.

BACA JUGA: Tragedi Kepala Air Kemaman: Kawasan Perkelahan Jeram Mawar Ditutup

BACA JUGA: Melayu Sebagai Pengasas, Peribumi & Pembangun Negara Cuba Dinafikan Pihak Tertentu – Tun Mahathir

BACA JUGA: Dalangi Penipuan Skim Pelaburan, Ahli Perniagaan Dijatuhi Penjara 1,155 Tahun

Sementara itu, JSJN juga berjaya merampas 10,016 kilogram pelbagai jenis dadah, 1,604 liter dadah jenis cecair, 41,431 kilogram daun ketum, 27,213 liter air ketum serta 20 batang pokok ganja yang bernilai sebanyak RM286 juta.

Memetik kenyataan, “Seramai 4,024 penagih dadah tegar yang mempunyai rekod kesalahan dadah berulang di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dituduh di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952. Daripada jumlah tersebut seramai 2,318 individu telah disabitkan kesalahan di bawah seksyen yang sama.”

Pihaknya turut menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah bahkan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tentang aktiviti tersebut supaya menyalurkannya ke Hotline JSJN di talian 012-208 7222.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: