Tempatan

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Disekat Pihak Tertentu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2023 – Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 16 Julai 2023 ini terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

Menerusi hantaran laman Instagram Ustaz Azhar, kuliah berkenaan sepatutnya berlangsung di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak Kuala Lumpur pada hari Ahad ini namun terpaksa dibatalkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ustaz Azhar Idrus (@uaioriginal)

Dalam hantaran sama, pihak Ustaz Azhar tidak menyebut sebab kuliah dibatalkan sebaliknya pengurusan penceramah terkenal tanah air itu mengemukakan permohonan maaf kepada warga Kuala Lumpur dan Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di kawasan berkenaan.

Pengumuman tersebut mendapat pelbagai respon daripada warganet, di mana rata-rata mereka mempersoalkan kewajaran membatalkan ceramah agama tersebut.

BACA JUGA: 8 Plaintif Akan Kemukakan Laporan Perubatan, Sebagai Bukti Prasarana Cuai

BACA JUGA: Pencemaran Toksin Kulat Ancam Penternak Kecil

BACA JUGA: Lebih 50 NGO Bersama PEMBELA Pahang Akan Buat Laporan Polis Kes Ceroboh Hutan

“KL & Selangor BYK kali reject ceramah agama,kena siasat benda ni bukan main2,” tegas seorang netizen.

“Konsert kemain huru hara kat Kl diluluskan pulok. Bila bab ceramah/majlis agama sana batal sini batal. Punoh2,” tambah @lyyyyyssssa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: