Tempatan

Lebih 5,000 Kes Penderaan Kanak-Kanak Dilaporkan Tahun 2020

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAU, 15 Mei 2022 – Lebih 5,000 kes penderaan kanak-kanak telah dilaporkan di Malaysia pada tahun 2020 sewaktu negara sedang berhadapan dengan wabak COVID-19.

Dr Mohd Shahidan Shaari, pensyarah Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Perlis berkata, laporan tahunan merekodkan lebih 1,000 kes penderaan kanak-kanak berlaku setiap tahun.

Angka tersebut dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti pengangguran, kemiskinan dan perceraian.

Jelasnya, ibu atau bapa yang mendapat hak penjagaan anak selepas perceraian sukar dalam menguruskan anak, di samping melaksanakan tugasan di rumah dan juga pekerjaan mereka. Hal ini mengakibatkan pengabaian terhadap anak-anak berkenaan.

Beliau mengatakan bahawa penderaan kanak-kanak boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang termasuklah kemurungan yang memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak di sekolah.

Selain itu, penderaan juga menyebabkan perubahan tingkah laku, kurang keyakinan diri, masalah kesihatan teruk serta keterlibatan anak dengan gejala sosial seperti dadah dan buli.

Kita harus cakna akan sebarang perubahan yang berlaku kepada anak-anak terutamanya tingkah laku dan juga kecederaan badan yang mungkin berpunca daripada penderaan, tambah Dr Shahidan.

Terbaru, pihak polis daerah Johor Bahru Utara telah menerima laporan berkaitan seorang guru taska yang mendera anak asuhannya berusia 4 tahun dengan menarik telinga dan menekap bantal ke muka kanak-kanak itu sehingga mengalami kecederaan badan.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: