Tempatan

Siti Kasim Disoal Siasat Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 24 Januari 2022 – Siti Kasim, peguam yang baru-baru ini tular bertikam lidah dengan anggota polis pada hari perhimpunan #TangkapAzamBaki telah disoal siasat berkenaan perhimpunan tersebut dan juga videonya yang tular.

Peguam terbabit memaklumkan dalam sebuah ciapan di laman Twitter bahawa beliau telah dipanggil pihak polis pada Ahad baru-baru ini.

“#TangkapAzamBaki Kena panggil polis. Hari ini appointment pukul 2pm. Saya sentiasa bekerjasama dengan @PDRMsia tetapi saya akan sentiasa menegakkan hak saya sebagai rakyat di negara tercinta ini,” ujar beliau dalam ciapan tersebut.

Dalam sebuah ciapan lain, Rajsurian Pillai, juga seorang peguam memuatnaik gambar bersama Siti Kasim dan S. Ravee di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan kapsyen:

“Bersama @sitikasim dan S.Ravee untuk siasatan video viral dan perhimpunan #TangkapAzamBaki pada 22/01/2022. Siasatan di bawah s.188KK – Mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam.”

Rajsurian Pillai turut mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat termasuklah pihak polis yang disifatkan sebagai profesional.

“Terima kasih Jacqueline, PDK dan ASP Faizal, IO yang profesional menjalankan tugas,” ujar beliau dalam ciapan yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: