Antarabangsa

Lebih 25,000 Wanita, Kanak-Kanak Palestin Terbunuh di Gaza Sejak Taufan Al-Aqsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 04 MAC 2024 – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin sewaktu perbicaraan kongres pada Khamis menyatakan bahawa lebih 25,000 wanita serta kanak-kanak Palestin telah dibunuh oleh Israel sejak Taufan Al-Aqsa, 7 Oktober tahun lalu.

Kenyataan itu adalah bagi menjawab kepada soalan Ahli Kongres Ro Khanna dalam pendengaran yang dipanggil “Tinjauan Mengenai Ketiadaan Tanpa Notis Setiausaha Pertahanan Austin” oleh Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Dewan.

Dalam perbicaraan tersebut, Khanna telah mengajukan soalan “Kira-kira berapa ramai wanita dan kanak-kanak Palestin telah dibunuh oleh Israel sejak 7 Oktober?”

Jawab Austin, “Ia lebih daripada 25,000”.

Khanna kemudiannya memetik Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk yang menyatakan bahawa sebarang pemindahan mana-mana senjata atau peluru kepada Israel melanggar undang-undang antarabangsa.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, jumlah kematian terkini sudah pun melepasi 30,000 yang mana sekurang-kurangnya 7,000 lagi angka yang masih hilang.

Pada Khamis juga, Kementerian Kesihatan Palestin turut melaporkan sekurang-kurangnya 104 telah terkorban akibat daripada serangan tentera rejim haram apartheid Israel ke atas konvoi bantuan di Jalan Al-Rasheed, Gaza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: