200 Sekolah Agama Selangor Dapat Amaran Keluar Premis – Datuk Nazilah Idris
Tajuk artikel Ini telah diperbaiki untuk mencerminkan konteks isu yang dibangkitkan dengan lebih tepat.
BANGI, 15 Ogos 2023 – “Apa yang berlaku hari ini di Selangor, 200 lebih sekolah agama rakyat dinafikan apabila mereka diberikan surat amaran untuk keluar daripada premis perniagaan.”
Pengerusi Sekretariat NGO Islam Selangor, Datuk Nazilah Idris mendedahkan perkara itu yang mengundang kebimbangan gabungan NGO Islam Selangor dan Negeri Sembilan terhadap isu amaran penutupan sekolah agama oleh pimpinan bukan Islam.
Tegas beliau, isu ini bukan perkara remeh dan kita tidak boleh leka kerana ia melibatkan pendidikan orang Islam, malah seramai 40,000 pelajar Islam Selangor akan dinafikan hak apabila sekolah ini perlu ditutup dan dipindah.
BACA JUGA: Promosi LGBT: Indonesia Didesak Haramkan Penjualan Jam Pelangi & Tayangan Barbie
BACA JUGA: Ketepatan Masa Antara Rungutan Utama Pengguna Pengangkutan Awam
BACA JUGA: Transformasi Sungai Skudai Bakal Menjadi Sungai Contoh
Lantas itu, beliau menggesa agar semua pemimpin parti politik tanpa mengira pandangan politik supaya mengutamakan kepentingan pendidikan berbanding kepentingan diri.
“Demi pendidikan rakyat, saya nak seru kepada semua pemimpin parti politik, ketepikan bab agama dan kaum ini ketepikan kerana pelajar ini lebih penting. Jadi jangan jadikan kepentingan diri sendiri sehingga mengabaikan kepentingan rakyat.”
Tambah Nazilah, “Kesemua pemimpin ataupun parti politik Melayu Islam di Selangor perlu bersatu. Politik Melayu-Islam perlu kuat dan bersatu untuk memastikan agenda agama Islam dan bangsa Melayu dan tanah air kita terus terbela dan dijaga dengan baik.”
Ralat: Tajuk artikel ini telah diubah sesuai dengan konteks sumber & video asal