Antarabangsa

Lebih 1,700 Aktivis Alam Sekitar Dibunuh Sejak Sedekad lalu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CAMBODIA, 03 Oktober 2022 – Lebih daripada 1,700 aktivis alam sekitar dibunuh dalam sedekad yang lalu, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

Menurut laporan dari Global Witness, sekurang-kurangnya 1,733 aktivis alam sekitar itu dibunuh oleh pembunuh upahan, kumpulan jenayah terancang juga Kerajaan mereka sendiri sejak 2012 hingga 2021 di mana Brazil, Colombia, Filipina, Mexico dan Honduras negara yang ‘paling maut’.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu menerbitkan laporannya mengenai pembunuhan aktivis alam sekitar di seluruh dunia pada setiap tahun sejak 2012, selepas pembunuhan Chut Wutty, seorang ahli alam sekitar Kemboja yang bekerja dengan Ketua Pegawai Eksekutif Global Witness, Mike Davis berhubung penyiasatan ke atas pembalakan haram.

Pembunuhan aktivis alam sekitar itu telah menjejaskan negara berpendapatan rendah dan masyarakat Orang Asli.

Pada tahun 2021, seramai 200 orang terbunuh termasuk lapan renjer taman di Taman Negara Virunga di Republik Demokratik Congo, yang berhadapan dengan ancaman pengekstrakan minyak dan gas.

Walau bagaimanapun, pada Mei tahun ini, komuniti di Pulau Sangihe, Indonesia telah memenangi tuntutan saman terhadap sebuah syarikat Kanada yang merancang untuk melombong emas di pulau terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: