Tempatan

Selepas Basikal Lajak, Hobi Baru Bergolek di Jalan Raya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 April 2022 – “Selepas Geng Basikal Lajak, hobi baru bergolek di jalan raya. Malaysia dikurniakan begitu ramai belia yang berinovatif! Saya tertanya-tanya berapa tahun masa penjara bagi pemandu yang berani melanggar pahlawan berani ini!” tulis seorang pengguna di laman sosial Twitter.

Tular sebuah rakaman video menunjukkan kanak-kanak baring berguling di tengah jalan raya pada waktu malam sewaktu dalam keadaan masih ada lagi kereta di atas jalan.

Mereka juga dipercayai menyorok di sisi jalan yang gelap sambil membaling batu kepada kereta yang melalui jalan tersebut.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang sama juga menggeledah dan melakukan kerosakan di kedai runcit berdekatan.

Rakaman itu rata-rata mengundang kritikan warga maya apabila antara mereka mengecam perilaku kanak-kanak terbabit.

“Nanti kena langgar mati, mak bapak nangis tak boleh move on teringat anak lepas 3 tahun dah tak ada (anak seorang yang baik). End up orang tak bersalah pun masuk penjara. Tamat.” Kritik seorang pengguna Twitter.

“Apa ada hal, dah mati nanti bising lah mak bapak diorang nangis-nangis menyalahkan driver. Masa hidup tak attentive, dah mati baru bising,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Seorang lagi pengguna laman tersebut turut menasihati pemandu supaya berjaga-jaga sekiranya tidak mahu dikenakan enam tahun penjara.

Baru-baru ini, seorang kerani wanita dikenakan penjara enam tahun serta denda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu yang mengakibatkan lapan kematian remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: