Lebih 100 Selebriti Hollywood Bangkit Kutuk 1₰₹₳€₺
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
HOLLYWOOD, 20 November 2021 – Lebih seratus selebriti Hollywood menerusi satu surat terbuka telah bangkit bersama-sama mengecam tindakan 1₰₹₳€₺ yang mengkategorikan enam pertubuhan hak asasi manusia ραιεςτιη sebagai “organisasi pengganas”.
Kebangkitan yang dinamakan sebagai “Hollywood letter” itu adalah amaran terbaharu terhadap pencabulan 1₰₹₳€₺ ke atas rakyat ραιεςτιη.
Menurut The Gaza Post, pelakon-pelakon, pengarah-pengarah filem, penulis-penulis dan ahli-ahli muzik Hollywood menyelar tindakan Tel Aviv atas serangan yang disifatkan sebagai tidak pernah dilakukan dan tidak berasas terhadap enam organisasi tersebut.
Richard Gere, Mark Ruffalo, Tilda Swinton, Susan Sarandon dan Simon Pegg merupakan antara nama-nama yang menandatangani surat tersebut.
Tandatangan pengarah filem Ken Loach, pemuzik Jarvis Cocker, kumpulan Massive Attack, dan pengarang Rashid Khalidi serta Naomi Klein juga dapat dilihat dalam surat tersebut.
Mark Ruffalo, yang terkenal dengan persembahan cemerlangnya dalam “Zodiac,” “The Hulk” dan “Spotlight” menjadi pengkritik keras mengenai dasar 1₰₹₳€₺ terhadap rakyat ραιεςτιη.
Mei lalu, beliau menciap dalam Twitternya menyeru masyarakat bersama-sama mendesak 1₰₹₳€₺ membebaskan ραιεςτιη.
“Sekatan ke atas Afrika Selatan membantu membebaskan orang kulit hitamnya – sudah tiba masanya untuk melakukan sekatan terhadap 1₰₹₳€₺ bagi membebaskan rakyat ραιεςτιη. Mari bersama-sama.”
Lapor The Gaza Post lagi, antara isi kandungan “Hollywood letter” adalah, “Tugas penting enam pertubuhan itu adalah untuk melindungi dan memperkasakan rakyat ραιεςτιη serta mempertanggungjawabkan 1₰₹₳€₺ atas pencabulan hak asasi manusia yang tidak berperikemanusiaan.”
“Ancaman tindakan balas adalah nyata dan memberi risiko, bukan hanya kepada organisasi itu sendiri, tetapi seluruh masyarakat sivil ραιεςτιη dan puluhan ribu rakyat ραιεςτιη yang berkhidmat setiap hari.”
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Hak Asasi Manusia, dan Penggubal Undang-Undang AS semuanya turut mengutuk tindakan 1₰₹₳€₺ terhadap pertubuhan-pertubuhan Palestin yang dinyatakan.
Tel Aviv pula mewajarkan tindakan itu dengan mendakwa bahawa enam kumpulan itu mempunyai hubungan dengan Popular Front for the Liberation of ραιεςτιηe (PFLP), sebuah pertubuhan yang diharamkan tentera 1₰₹₳€₺.
Menurut Jerusalem Post, Kementerian Kehakiman 1₰₹₳€₺ telah melarang Persatuan Sokongan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Addameer, organisasi Al-Haq, Pusat Kajian dan Pembangunan Bisan, Pertahanan untuk Kanak-kanak Palestin, Kesatuan Jawatankuasa Kerja Pertanian (UAWC), dan Kesatuan Jawatankuasa Wanita ραιεςτιη daripada beroperasi.