Antarabangsa

Lawatan Nancy Pelosi: Laman Sesawang Pejabat Presiden Taiwan Diserang Penggodam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TAIWAN, 03 Ogos 2022 – Laman sesawang Pejabat Presiden Taiwan diserang penggodam semalam beberapa jam sebelum ketibaan Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi di pulau itu.

Memetik dari laman Facebook Pejabat Presiden Taiwan, laman sesawang Pejabat Presiden yang terletak di Taipei itu diserang oleh distributed denial-of-service (DDoS) daripada luar sempadan yang menyebabkan laman web itu menerima 200 kali lebih banyak trafik dari biasa. Laman web itu bagaimanapun kembali beroperasi selepas 20 minit daripada serangan.

Serangan siber itu berlaku ketika pesawat Pelosi menghampiri Taiwan sekali gus membangkitkan kemarahan pihak berkuasa China yang acapkali mengancam untuk bertindak balas terhadap Taiwan dan AS.

Menteri Luar China, Wang Yi, berkata, ketibaan Pelosi itu diibaratkan seperti ‘bermain api’ dalam isu Taiwan ini dan ia tidak akan memberi satu pengakhiran yang baik.

Sementara itu, pesawat China berulang kali melakukan penerbangan taktikal pada pagi Selasa di garisan median antara wilayah maritim Beijing dan Taipei. Bagaimanapun, pesawat Taiwan berada dalam keadaan bersedia sewaktu penerbangan taktikal itu dilakukan, lapor sebuah akhbar.

Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, mereka mengetahui keberadaan aktiviti ketenteraan berhampiran pulau itu dan akan menghantar pasukannya bagi menghadapi ancaman musuh.

Dalam pada itu, tentera laut AS turut menempatkan empat kapal perang termasuk sebuah kapal pengangkut pesawat di perairan timur Taiwan.

Lapor sebuah akhbar, Pelosi akan bertemu dengan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: